Jernih HD
Semakan upload TikTok · dalam browser

Semak video anda sebelum TikTok compress.

TikTok compress setiap video, dan tiada tool yang boleh halang itu. Jernih HD cari masalah dalam fail anda yang buat video lagi pecah, dan sediakan MP4 bersih tanpa encode semula.

0 encode · kualiti 100% sama 9:16 semak orientasi 1 track audio
Semak video saya
Compress berulang Fail asal
Ilustrasi: setiap kali video di-compress semula (WhatsApp, edit dalam TikTok, download dan upload semula), detail hilang.
Alat

Semak dan sediakan video

MP4 atau MOV, H.264 atau HEVC. Video tak di-encode semula, jadi gambar kekal sama bit demi bit. Semua kerja berlaku dalam peranti anda.

Video asal

Letak video di sini

MP4 atau MOV, H.264 atau HEVC

Semakan TikTok

Pilih video dulu. Keputusan semakan akan keluar di sini.
Sebelum dan lepas

Cara upload supaya video kurang pecah

TikTok tetap akan compress. Langkah ni kurangkan kerosakan tambahan.

  1. Edit vertical 1080×1920

    Video landscape 16:9 dikecilkan TikTok ke lebih kurang 1080×608 dengan bar hitam. Ini punca paling besar video nampak pecah.

  2. Jangan ubah fail

    Jangan edit, potong, atau hantar melalui WhatsApp/Telegram dulu. Semua itu compress semula video.

  3. Guna TikTok web, bukan app

    Komputer: buka tiktok.com/upload dalam Chrome, Edge atau Safari. Phone: buka browser, pilih "Desktop site", kemudian tiktok.com/upload.

  4. On kan upload HD

    Kalau ada pilihan HD atau high quality, pastikan ia dihidupkan. Tanpa ia, video 60fps boleh jadi 30fps.

  5. Jangan guna editor TikTok

    Teks, filter, muzik atau potong dalam TikTok akan buat TikTok encode semula. Siapkan semua edit dulu.

  6. Tunggu sebelum menilai

    TikTok kadang tunjuk versi kualiti rendah dulu. Tengok semula selepas beberapa jam, guna Wi-Fi dan off kan Data Saver.

Footage yang tahan compress: kurang daun/pokok laju di latar, ada sedikit motion blur, kurang noise, shot stabil. Itu lebih memberi kesan daripada setting fail.

FAQ

Soalan lazim

Adakah Jernih HD buat video lebih HD?

Tidak. Gambar tak diubah langsung; video di-copy bit demi bit. TikTok tetap compress setiap video. Jernih HD tunjuk masalah yang anda boleh betulkan sebelum upload (orientasi, putaran salah, fps, bitrate rendah) dan buang track tambahan dari fail.

Video saya dihantar ke server ke?

Tidak. Fail dibaca dan diproses oleh browser anda sendiri. Halaman ni tak upload video ke mana-mana.

Kenapa video landscape nampak pecah?

Skrin TikTok vertical. Video 16:9 dikecilkan untuk muat lebar phone, jadi 1080p landscape jadi lebih kurang 1080×608 sahaja. Edit semula sebagai 9:16 untuk guna seluruh skrin.

Fail Topaz atau ProRes tak boleh dibaca?

Browser tak boleh baca ProRes. Export semula sebagai H.264 atau HEVC (bitrate tinggi), kemudian semak di sini.

Ada had saiz?

Di Chrome dan Edge pada komputer, fail disimpan terus ke disk, jadi saiz besar pun boleh. Di phone, fail disimpan dalam memori dulu; video 4K yang sangat panjang mungkin gagal.